Tuesday, July 8, 2008

Law of Attraction

Semalam aku sempat bace 1 blog kt intrnet..Blog tue aku raser amat menarik..Penulis nyer Shueqry seorang yg bnyk pndangan bernas...bnyk ilmu aku dpt kt blog nie..Boleh dikatakan setiap hari dia update blog nie.So,kt bwh nie aku letakkan salah satu artikel yg dia tulis..C lamat membacer....

Asmkm dan salam sejahtera..
Apa khabar Anda?
Kemarin sewaktu berjalan-jalan dengan sepupu saya, kami pergi ke kedai buku Popular di tingkat 5 Centre Point Sabah. Sampai kat tingkat 3 kami naik lif untuk ke tingkat 5.
Dah lama saya tak beli buku. Biasanya seminggu sekali saya masuk ke kedai buku Popular untuk membeli buku baru dan terus saya baca bila saya sampai di rumah.
Dah 3 minggu saya tak masuk ke sini.

Bila saya sampai di pintu kedai dan belok ke kiri untuk melangkah masuk, saya tersermpak berjumpa dengan seseorang yang sangat-sangat saya kagumi dan menjadi idola saya.
Dialah juga yang merubah hidup saya.
Siapa lagi kalau bukan .. Irfan Khairi !
Huaa ! Saya terkejut dan tergamam.

Kami bertentang mata sebentar, lepas tu saya buat donno macam saya tak kenal dia.
Saya tak tegur Irfan sebab terlalu segan dan bergegar satu badan! Tak tau nak cakap apa.
Jantung saya berdegup kencang dan peluh memercik di dahi saya, betul-betul kebetulan saya berjumpa dengan dia. Ya Allah, aku sungguh bersyukur dengan rahmatmu.

Dia memakai baju t-shirt round neck lengan panjang (dilipat) warna kuning dan seluar cargo pants berwarna kelabu gelap kecoklatan. Tinggi kami lebih kurang sama, kurus lebih kurang sama dan Irfan Khairi berkulit cerah juga orangnya,sama juag dengan saya.
Rambutnya agak panjang jatuh ke dahi.
Dia mendukung anak kecilnya dan bermain-main dengannya di bahagian depan kedai tu dekat kaunter cashier. Saya dia dia cuma sehasta, hanya rak buku tu yang memisahkan. Isterinya juga ada sekali, tak jauh dari saya, lepas tu dia beratur di kaunter cashier untuk membayar.

Isteri Irfan rendah sedikit, berwajah cerah, memakai baju putih lengan panjang dan tudung juga berwarna putih.
Ketiga-tiga anak Irfan Khairi saya nampak sekali, owh, what a happy family !
Bersama mereka ada lagi dua orang lelaki, sorang kurus dan tinggi. Seorang lagi rendah sedikit dan gempal. Muka kedua-duanya mirip Irfan Khairi, mungkin juga adik beradiknya.

Tanpa dia sedari, saya ikut dia turun sampai ke tingkat tiga, ke kedai peralatan komputer dan ketika mereka masuk lif. Tak dekat sangat, cuma dari jauh.
Saya sengaja tak tegur dia sebab saya tak tahu apa nak cakap !
Owh, peluang sebegini sekali seumur hidup..
Gemuruh, gementar, mental black out, semua ada. Sepupu saya juga heran dengan perubahan saya yang tetiba itu. Dia tak kenal langsung dan tak tahu siapa Irfan Khairi.

Apa-apapun, dalam minggu lepas saya ada berfikir tentang Irfan Khairi kerana workshopnya pertama kali di adakan di Sabah, di Sutera Harbour Resort yang jaraknya 10 minit perjalanan dari kawasan rumah saya.
Lepas tu saya dah tak ingat dah dan mula menumpukan minda pada rutin harian kerja saya.
Tapi, berjumpa dengannya (bahkan isteri dan anak-anaknya sekali) secara kebetulan memang memori yang terindah bagi saya, cukup indah sampai saya tak dapat tidur malam tadi, tersenyum sendiri dan sungguh excited !

Ini bukan kebetulan, inilah yang dikatakan Law Of Attraction.
Minda kita merealisasikan apa saja yang bermain di fikiran kita, sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Jika ditambah dan dihadirkan sekali dengan perasaan, kuasa tarikannya bertambah power, bertambah kuat.
Tiap kali saya bangun pagi, blog Irfan Khairi yang pertama sekali saya buka. Selepas itu dalam time kerja saya juga masuk ke situ berkali-kali kerana blog milik Irfan Khairi memberi saya banyak inspirasi, suntikan semangat motivasi dan penyuntik "super-booster" bagi diri saya untuk menjadi lebih berdaya saing.

Akhir kata, kuasa minda dan Law Of Attaraction bukan lagi sekadar teori, khayalan dan mitos semata-mata.
Saya dah mempraktikkan kedua-duanya dan sudah banyak kejaiban berlaku dalam hidup saya.
Ini bukti kuasa minda memang ada, wujud dan boleh dimanfaatkan untuk apa saja kemahuan Anda, apa saja yang Anda mahu jadi dan apa saja yang Anda mahu miliki.

Ini tip Law Of Attraction dari saya.
Pertama sekali kena tanya diri sendiri, apa yang Anda mahukan sebenarnya.
Selepas itu, langkah kedua, Anda perlu percaya dengan mendalam Anda boleh mendapatnya. Buang segaa keraguan, kerisauan dan ketakutan.
Biar ada 'feel' yang Anda boleh merealisasikan apa yang Anda mahu tu.
Jika Anda ragu, takut dan sangsi, ia akan menghalang kuasa minda Anda.
Ketiga, bersedia untuk menerima dan imaginasikan ia di dalam minda Anda sekerap yang mungkin. kata Dr Tuah Iskandar, cuba bermain dengan imaginasi.
Keempat, berserah atau dalam kata spesifiknya LET GO.
Setelah kita berusaha (dengan mengimajinasikannya sekerap mungkin) kita perlu tawakkal dan berserah kepada alam semesta dan Allah s.w.t.

Lebih afdal kiranya Anda tawakkal sepenuh hati dan bersyukur dengan rahmat yang akan datang. Biar rasa syukur itu meresap dalam sanubari Anda, sedalam yang mungkin .
Be in control, relaks dan cuba bertenang setiap masa.
Buang rasa benci, cemburu dan sakit hati.
Bebaskan minda Anda dari rasa risau dan takut ia tak menjadi.
Believe in miracles.

Praktikkan tips ini. Saya doakan moga Anda cemerlang hendaknya.

- shueqry -
all for one, one for all.

sumber: www.imotivasi.com

No comments: