Wednesday, July 2, 2008

Bulan Rejab

Sedar tak sedar, lagi 2 ari(termasuk arini) iaitu jumaat nie 04072008 akan masuk bulan rejab...bulan Rejab nie merupakan bulan Allah dan bulan Ramadhan pula merupakan bulan bagi umat nabi Muhammad saw....Masuknyer bulan rejab nie menandakan jugak lah waktu puasa bagi 3 bulan iaitu Rejab, Syaaban (Puase Sunat) dan Ramadhan (Puase Wajib)....Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya...

Rasulullah saw bersabda antara kelebihan berpuasa bulan Rejab nie ialah:

  • Puasa 1 hari seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
  • Puasa 3 hari , dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
  • Puasa 3 hari dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.
  • Puasa 4 hari akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.
  • Puasa 5 hari , aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari , keluar dari kubur bercahaya mukanya."
  • Puasa 7 hari akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.
  • Puasa 8 hari akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.
  • Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.
  • Puasa 10 hari, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
  • Puasa 10 hari, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  • Puasa 15 hari adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.
  • Puasa 19 hari akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

(Sumber: Harakah Dailyonline)



So, sesamer lah kiter meraikan bulan Rejab nie....
Moga ibadat kita beroleh keredhaannya...Amin

No comments: