Wednesday, July 16, 2008

Debat


Semalam Malaysia melakar sejarah kerana inilah kali pertama barisan dari kerajaan dan pembangkang diberi peluang untuk bersemuka berdebat mengenai harga minyak...

Kalo ngok tajuk debat nie pn, boleh agak memang power..."Hari ini btk kerajaan, esok turun harga minyak"...cm2 ah bunyinyer....Debat ini mempertemukakan antara Dato' Seri Anwar Ibrahim' (barisan pembangkang) dan Dato Shabery Cheek(barisan kerajaan)....

Bagi aku, nie permulaan yg baik utk kedua-dua pihak berkongsi dengan rakyat tentang isu harga minyak nie...Dalam debat nie kedua pihak diberi peluang utk memperjelaskan lontaran idea masing2...Tahniah kepada Dato Shabery Cheek Menteri Penerangan Malaysia kerana berani utk menyahut cabaran ini walhal beliau baru sahaja memegang portfolio ini....Tp isi debat yg diutarakan Dato' bnyak tidak menjawab isu ini..Tahniah juga kepada Dato' Seri Anwar yg banyak melontarkan idea dan memberi tumpuan/ fokus sepenuhnyer dalam isu ini..

Cadangan aku supaya debat mcm nie di buat selaloo...Ianyer bnyk bg maklumat kepada rakyat secara langsung tanpa perlu mendengar ckp2 belakang...Semoga Malaysia terus maju dan makmur...Amin...

Monday, July 14, 2008

Jalan-Jalan

Smalam, aku g jalan kt kl....ops, aku tak naik keta tp g naik bas...sajer nk raser blik naik bas...hehe

Alkisah, kol 12.30 tnghari aku pn kuar ah...tngu bas tak ah lamer tp teraser perit gak.cos ari pn panas...pas2, dok dlm bas yg berpusing kt kwsn perumahan dh bwat aku pening..Ha, kalo nk tau nie ah penangan orang tak biaser naik bas atau dh lamer tak naik..huhu...smpai lewat gak ah...

Smpai kt kl (jln silang), memang crowded...rmai sngt pendatang...aku mula tanyer kt diri aku blik,aku nie kt Malaysia ker?huhu....nak jln pn sakit kepala.Kalo kt bank or tmpat kirim dwet tue, jngan ckp ah memang diorang jer penuh...

Aku singgah bank jap n pas2 blie brg ckit kt mydin.. rmai btol manusia n penuh giler..Dh byr aku, sesajer survey handfon..bkn nk bli pn sje je nk tengok...Handfon yg da pn tak ah murah, tp kira better price drp dulu.Harga antr 350-700...aku nyer fon lak harga dh jtuh jadie 599 lak.huhu

Pas2 trus naik bas..Maser tue dh start jam. Kt bndar nie, kalo tk jam memang heran.terutamanyer kalo wak2 tenghari mcm nie.Maser tue aku ngok jam dh kol 2 petang..Nyaris2 aku naik bas ari pn ujan.Slamat aku....

Naik bas, smpai kt Jusco aku trun.sajer jer nk singgah...Mkn skali.Kt c tu Sizzling yee mee dia sedap.Prnah gak aku test kt tesco, tp kureng ah raser dier...Kt c tu pn ramai gak orng tp kurang lah mcm biaser.Myb dah tengah bln, rmai dh dok umah..tngu ah akhir bln n awai bln, misti penuh blik..huhu

Pas jln2 kt jusco,kira2 kol 3 aku pn blik.Alhamdulillah, dpt bas pn cepat..Smpai hmpir pukol 4...

Penat aku..lain kali aku akn pikir nk naik bas lagi ke tak...huhu


Gotong royong

Ari jumaat lepas, bhgn aku bwat meeting ngan sume staff...mengenai kebersihan...so, kt tmpat aku encik azmi lh yg jadier kpala utk arrange sume nie...

Maka, maser mesyuarat tue kitaorng bnyak meeting cmner nak kemas bilik belakang (bilik stor)..Abih jer meeting, kitaorang minum2 dulu, brulah bwat kijer...Agak2 1 jam jugak ah kitaorang kemas...Lastly hasilnyer bolehlah dikatakan memuaskan cos bilik nmpak lebih teratur n kemas...

B4 gotong royong nie, en Azmi terangkan kt sume tentang konsep pengurusan 5's.Actually konsep nie dtg dari negara Jepun..jadi tak heranlah 5's yg ader tue sumenyer dlm bhsa Jepun...Kebanyakkan yg amalkan bnyak factory2...Tmpat kije lamer aku dulu kt bengkel pn amalkan konsep nie..huhu

So kt bwh nie aku senaraikan kandungan utk konsep 5's nie:
  1. Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
  2. Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  3. Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
  4. Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
  5. Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari..

Sumber:"http://ms.wikipedia.org/wiki/5S"

p/s:Majulah PIMI utk KPPK. (ari tue gak aku ner tinggal bas..huhu)

Friday, July 11, 2008

Halatuju Diri

Semalam aku dapat tahu yang permohonan aku utk amik diploma perguruan tak lepas..So, dalam erti kata lain tak berjaya...

Memang aku frust maser dapat tau keputusan tue..Aku tak tau naper aku n rmai lagi yg amik sume tak berjaya...Tapi bila aku sedar balik, sume nie dlm rencana Allah..Jadier, dlm erti kata lain ini juga merupakan rahmat Allah. Mungkin ader rezeki yg lebih baik lepas nie...

Aku bace dlm blog squery, yg kita misti berfikiran positif terhdp hdp nie..Dr Tuah pulak kata, jadikan sesuatu yg kiter alami sbg bhn utk kiter lebih maju...Dlm quran ader sebut bahawa seseorang manusia itu tak kan dikira beriman selagi dia belum diuji...

Maser tengah search intrnet td, bacer gak kisah hdp org lain..Maser tue aku sedar, tak semestinyer per yg kiter dapat terbaik utk kiter...n ader lagi org yg hdp nyer lagi teruk drp pe yg aku lalui...

So, mulai arini aku akan planning rencana baru utk hdp aku utk berjaya dunia dan akhirat..Semoga mendapat rhmat Allah dan dalam keredhaannya.Amin....

Tuesday, July 8, 2008

Law of Attraction

Semalam aku sempat bace 1 blog kt intrnet..Blog tue aku raser amat menarik..Penulis nyer Shueqry seorang yg bnyk pndangan bernas...bnyk ilmu aku dpt kt blog nie..Boleh dikatakan setiap hari dia update blog nie.So,kt bwh nie aku letakkan salah satu artikel yg dia tulis..C lamat membacer....

Asmkm dan salam sejahtera..
Apa khabar Anda?
Kemarin sewaktu berjalan-jalan dengan sepupu saya, kami pergi ke kedai buku Popular di tingkat 5 Centre Point Sabah. Sampai kat tingkat 3 kami naik lif untuk ke tingkat 5.
Dah lama saya tak beli buku. Biasanya seminggu sekali saya masuk ke kedai buku Popular untuk membeli buku baru dan terus saya baca bila saya sampai di rumah.
Dah 3 minggu saya tak masuk ke sini.

Bila saya sampai di pintu kedai dan belok ke kiri untuk melangkah masuk, saya tersermpak berjumpa dengan seseorang yang sangat-sangat saya kagumi dan menjadi idola saya.
Dialah juga yang merubah hidup saya.
Siapa lagi kalau bukan .. Irfan Khairi !
Huaa ! Saya terkejut dan tergamam.

Kami bertentang mata sebentar, lepas tu saya buat donno macam saya tak kenal dia.
Saya tak tegur Irfan sebab terlalu segan dan bergegar satu badan! Tak tau nak cakap apa.
Jantung saya berdegup kencang dan peluh memercik di dahi saya, betul-betul kebetulan saya berjumpa dengan dia. Ya Allah, aku sungguh bersyukur dengan rahmatmu.

Dia memakai baju t-shirt round neck lengan panjang (dilipat) warna kuning dan seluar cargo pants berwarna kelabu gelap kecoklatan. Tinggi kami lebih kurang sama, kurus lebih kurang sama dan Irfan Khairi berkulit cerah juga orangnya,sama juag dengan saya.
Rambutnya agak panjang jatuh ke dahi.
Dia mendukung anak kecilnya dan bermain-main dengannya di bahagian depan kedai tu dekat kaunter cashier. Saya dia dia cuma sehasta, hanya rak buku tu yang memisahkan. Isterinya juga ada sekali, tak jauh dari saya, lepas tu dia beratur di kaunter cashier untuk membayar.

Isteri Irfan rendah sedikit, berwajah cerah, memakai baju putih lengan panjang dan tudung juga berwarna putih.
Ketiga-tiga anak Irfan Khairi saya nampak sekali, owh, what a happy family !
Bersama mereka ada lagi dua orang lelaki, sorang kurus dan tinggi. Seorang lagi rendah sedikit dan gempal. Muka kedua-duanya mirip Irfan Khairi, mungkin juga adik beradiknya.

Tanpa dia sedari, saya ikut dia turun sampai ke tingkat tiga, ke kedai peralatan komputer dan ketika mereka masuk lif. Tak dekat sangat, cuma dari jauh.
Saya sengaja tak tegur dia sebab saya tak tahu apa nak cakap !
Owh, peluang sebegini sekali seumur hidup..
Gemuruh, gementar, mental black out, semua ada. Sepupu saya juga heran dengan perubahan saya yang tetiba itu. Dia tak kenal langsung dan tak tahu siapa Irfan Khairi.

Apa-apapun, dalam minggu lepas saya ada berfikir tentang Irfan Khairi kerana workshopnya pertama kali di adakan di Sabah, di Sutera Harbour Resort yang jaraknya 10 minit perjalanan dari kawasan rumah saya.
Lepas tu saya dah tak ingat dah dan mula menumpukan minda pada rutin harian kerja saya.
Tapi, berjumpa dengannya (bahkan isteri dan anak-anaknya sekali) secara kebetulan memang memori yang terindah bagi saya, cukup indah sampai saya tak dapat tidur malam tadi, tersenyum sendiri dan sungguh excited !

Ini bukan kebetulan, inilah yang dikatakan Law Of Attraction.
Minda kita merealisasikan apa saja yang bermain di fikiran kita, sedar atau tidak, sengaja atau tidak. Jika ditambah dan dihadirkan sekali dengan perasaan, kuasa tarikannya bertambah power, bertambah kuat.
Tiap kali saya bangun pagi, blog Irfan Khairi yang pertama sekali saya buka. Selepas itu dalam time kerja saya juga masuk ke situ berkali-kali kerana blog milik Irfan Khairi memberi saya banyak inspirasi, suntikan semangat motivasi dan penyuntik "super-booster" bagi diri saya untuk menjadi lebih berdaya saing.

Akhir kata, kuasa minda dan Law Of Attaraction bukan lagi sekadar teori, khayalan dan mitos semata-mata.
Saya dah mempraktikkan kedua-duanya dan sudah banyak kejaiban berlaku dalam hidup saya.
Ini bukti kuasa minda memang ada, wujud dan boleh dimanfaatkan untuk apa saja kemahuan Anda, apa saja yang Anda mahu jadi dan apa saja yang Anda mahu miliki.

Ini tip Law Of Attraction dari saya.
Pertama sekali kena tanya diri sendiri, apa yang Anda mahukan sebenarnya.
Selepas itu, langkah kedua, Anda perlu percaya dengan mendalam Anda boleh mendapatnya. Buang segaa keraguan, kerisauan dan ketakutan.
Biar ada 'feel' yang Anda boleh merealisasikan apa yang Anda mahu tu.
Jika Anda ragu, takut dan sangsi, ia akan menghalang kuasa minda Anda.
Ketiga, bersedia untuk menerima dan imaginasikan ia di dalam minda Anda sekerap yang mungkin. kata Dr Tuah Iskandar, cuba bermain dengan imaginasi.
Keempat, berserah atau dalam kata spesifiknya LET GO.
Setelah kita berusaha (dengan mengimajinasikannya sekerap mungkin) kita perlu tawakkal dan berserah kepada alam semesta dan Allah s.w.t.

Lebih afdal kiranya Anda tawakkal sepenuh hati dan bersyukur dengan rahmat yang akan datang. Biar rasa syukur itu meresap dalam sanubari Anda, sedalam yang mungkin .
Be in control, relaks dan cuba bertenang setiap masa.
Buang rasa benci, cemburu dan sakit hati.
Bebaskan minda Anda dari rasa risau dan takut ia tak menjadi.
Believe in miracles.

Praktikkan tips ini. Saya doakan moga Anda cemerlang hendaknya.

- shueqry -
all for one, one for all.

sumber: www.imotivasi.com

Hujan yang turun

Pagi semalam hujan turun dengan lebat...Aku yg dh bersiap, turun nk pegi kije..Dlm keta hujan dh turun...Smpai kt stesen LRT Cheras, terus lebat...Sebaik aku drive keta.Kalo jalan kaki aku tak tau lah..Cian org yg jln kaki...
(Lrt Cheras)
Smpai kt Bndar Tsik Seltn, memamng keadaan gelap..Ditmbh dengn sejuknyer dan keadaan memang gelap...Basah gak lah aku kena tempias hujan..So kt bwh nie aku tunjukkan keadaan maser tue..

Nie pulak gmbar maser dh smpai putrajaya...Dh cerah blik...

(Gambar dari jauh Putrajaya Sentral)

(Gambar dlm erl-kena tempias ujan.huhu)

Sunday, July 6, 2008

Tasik

Ari sabtu aritue (05072008), kawan aku anim ajak g tasik permaisuri. Tasik nie lk tk jauh dari rumah kitaorang..Kalo jln kaki mau 20 minit tapi naik keta kurang dari 10 minit....
Utk pengetahuan sume, tasik nie btol2 berhdpn ngan HUKM(Hospital UKM)....nie bkn pintu masuk utama tp pintu masuk biasa....Tengah2 parking, kiri kanan ader stadium renang n stadium badminton Kuala Lumpur.....

(air pancut tasik)
Maser smpai kt c tu ari2, ramai manusia dah ader kt c tu..lebih kurang 5.30 petang lah....yg couple nyer toksah ckp lah, tak terkira blngannya...sape2 yg nak cuci mata, mcm2 adegan bleh tengok....kitaorng yg da kt c tu maloo nk tengok...huhu...sesambil skodeng gak...haha
(couple tngah lyn tido berdua.huhu)
Kt c tu gak ader taman, namenyer taman iskandar putri...Kt c tu ader bangsal...pemandangan dari atas tue tengok tasik memang cantik....
(pintu pagar taman puteri iskandar)
(pandangan dari ats)
Kitaorang kt c tu, main badminton pastu jalan2 sekeliling tasik..Aku tak larat sngat cos penat poser...Ini pn tak bes lagi kitaorng ronda sume kawasan...Ingtkn nk jalan kaki kat batu2 (refleksiologi) tp maser pn dah suntuk...sempt gak jumpe x-kppk kt c ni...Shamsul dari TMK...rupanyer rmai gak yg aku kenal tinggal area aku nie.huhu
(aku ngan anim)
Hampir kol 7 kitaorng pn blik...(Aku nk buke pose.hehe)

P/s: Gmbar pemandangan tasik yg lain2 kt bwh nie



Wednesday, July 2, 2008

Bulan Rejab

Sedar tak sedar, lagi 2 ari(termasuk arini) iaitu jumaat nie 04072008 akan masuk bulan rejab...bulan Rejab nie merupakan bulan Allah dan bulan Ramadhan pula merupakan bulan bagi umat nabi Muhammad saw....Masuknyer bulan rejab nie menandakan jugak lah waktu puasa bagi 3 bulan iaitu Rejab, Syaaban (Puase Sunat) dan Ramadhan (Puase Wajib)....Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya...

Rasulullah saw bersabda antara kelebihan berpuasa bulan Rejab nie ialah:

  • Puasa 1 hari seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
  • Puasa 3 hari , dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
  • Puasa 3 hari dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.
  • Puasa 4 hari akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.
  • Puasa 5 hari , aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari , keluar dari kubur bercahaya mukanya."
  • Puasa 7 hari akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.
  • Puasa 8 hari akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.
  • Puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.
  • Puasa 10 hari, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
  • Puasa 10 hari, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  • Puasa 15 hari adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.
  • Puasa 19 hari akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

(Sumber: Harakah Dailyonline)



So, sesamer lah kiter meraikan bulan Rejab nie....
Moga ibadat kita beroleh keredhaannya...Amin

Tuesday, July 1, 2008

Harimau, Buaya dan Tikus

Suatu kisah teladan

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi....

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya...

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut...

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. "Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya...

"Macam mana nih..."Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah...

Kalau semua nak tahu watak2 dalam citer nie ialah:
  1. Si Hamba Allah itu adalah kita semua.
  2. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
  3. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
  4. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
  5. Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.
  6. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. (Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.)
sumber: www.iluvislam.com

p/s: Da moral of story, sejauh maner kiter skrg nie, jngan kiter luper pada persiapan utk akhirat...(Utk ingtn aku dan sumer)